Header Ads

Cara Daftar Internet Banking Bank Islam Secara Online


Cara Daftar Internet Banking Bank Islam Secara Online. Kemajuan teknologi dunia masa kini sangat memudahkan manusia melakukan kerja seharian mereka dengan lebih mudah. Sebagai contoh, apabila kita nak semak baki akaun bank kita guna telefon atau laptop, kita tak perlu lagi pergi ke mesin ATM.

Saya nak kongsikan beberapa langkah mudah untuk yang mempunyai akaun bank islam dan ingin ada perbankan internet sendiri.

Ikuti langkah-langkah seperti di bawah.

Cara Daftar Internet Banking Bank Islam Secara Online

1-Pergi Ke website BANK ISLAM, https://www.bankislam.biz/.

2-Klik pada butang FISRT TIME USER.

3-Tick di kotak "I Have Read And Understood..."


4-Klik Butang Continue.

5-Pilih "Bank Islam ATM/Debit Card"


6-Klik Butang Continue.

7-Masukkan No Kad Bank Islam Di Ruangan.

8-Masukkan No Pin Kad Debit Bank Islam.


9-Klik Butang Continue.

10-Masukkan Semua Maklumat yang diminta.


11-Masukkan Private Word (gabungan huruf dan angka yang dibenarkan) dan pilih Private Image pilihan sendiri.

12-Pilih 3 Secret Question dari senarai soalan dan masukkan jawapan untuk setiap Secret Question tersebut.

13-Klik butang Submit.

14-Sahkan maklumat yang di paparkan dan klik butang confirm.

15-Anda akan terima SMS apabila pendaftaran No Telefon Bimbit untuk IAC berjaya.

Tak susah sebenarnya. Hehe. Sesiapa lagi yang belum ada perbank internet bank islam ni patut cuba. Ianya memudahkan urusan anda nanti.

1 comment:

  1. thanks for sharing. nti nak buat... hehehe dtg sini klik tabung yeos ang pow #salamperkenalan
    http://nineteencapri.blogspot.my/2018/02/nuffnangmy-cpuv-februari-2018.html

    ReplyDelete

Powered by Blogger.