Header Ads

Panduan Solat Sunat Aidiladha


Panduan Solat Sunat Aidiladha. Umat islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 1 September 2017. Pengumuman penetapan rasmi tarikh hari raya aidiladha bagi tahun 2017 telah di umumkan oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Mohd Aseral Jusman di TV1 pada 22 Ogos 2017 baru-baru ini.




Oleh yang demikian kita diseru untuk melaksanakan Solat Sunat Aidiladha pada ketika mula terbit matahari sekadar segalah hingga tergelincirnya matahari.

Apakah itu Solat Hari Raya Aidiladha? Solat Hari Raya Aidiladha adalah solat dua rakaat yang disunatkan dilakukan pada pagi Hari Raya  Aidiladha. Hukum solat sunat aidiladha ada sunat muakkad (sangat di galakkan).


Panduan Solat Sunat Aidiladha 


Rukun, syarat serta sunat sama dengan solat biasa. Cuma pada rakaat pertama ada takbir sebanyak 7 kali dan rakaat kedua takbir 5 kali.

Rakaat Pertama


1-Lafaz Takbiratulikhram Allahuakbar serta niat :

اُصَلِّىْ سُنَّةً عِيْدِ اْلاَضْحَى رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى
Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.

2-Baca Doa Iftitah

3-Mengangkat tangan dan bertakbir sebanyak 7 kali (sama seperti takbiratulihram solat fardhu) yang diselang seli dengan bacaan berikut :

سُبْحَانَ اللَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلآ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ
Maha Suci Allah, segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah dan Allah Maha Besar.


4-Membaca Surah Al-Fatihah.

5-Membaca ayat dari surah al-quran.(disunat membaca surah Al-A'laa)

6-Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.

Rakaat Kedua


1-Mulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua).

2- Lafaz takbir lima kali diselangselikan dengan bacaan tasbih.

3- Membaca surah Al-Fatihah.

4- Membaca surah Al-Quran (disunatkan dalam rakaat kedua membaca surah Al-Ghaasyiyah).

5- Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.

6- Memberi salam.

Khutbah Aidiladha


Adalah disunnahkan untuk dilaksanakan khutbah sesudah mengerjakan solat Hari Raya. Khutbah Aidiladha sama dengan khutbah Jumaat dari segi rukunnya.

Namun sunat di mulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali berturut-turut pada khutbah kedua.

Semoga panduan solat sunat aidiladha ini memberi manfaat kepada anda semua.

Salam Aidiladha 1438 Hijrah

No comments

Powered by Blogger.