Header Ads

Cara Buat Live Vote Di Facebook


Biasa tengok tak page-page yang buat live vote? mesti ramai yang tertanya-tanya macam mana ek cara nak buat live vote di facebook. Bagaimana nak buat live vote di facebook? Susah ke senang?

Caranya senang sahaja. Apa yang anda perlukan ialah laptop dan line internet yang laju contohnya dengan menggunakan Unifi. Streamyx biasanya tak lepas untuk buat live di facebook kerana upload speed nya terlalu rendah iaitu kurang dari 10 Mbps. Kelajuan internet(upload speed) adalah penting untuk memastikan live tak "lag".

Langkah seterusnya ialah dengan install software yang di namakan OBS. Anda boleh download kat sini, https://obsproject.com/. Dah siap download OBS. Seterusnya ialah pergi ke mylivepolls, https://www.mylivepolls.com/.

Klik butang login di https://www.mylivepolls.com/. Selepas itu, klik Go To Wizard. Pilih Template Untuk Live.

Contohnya saya pilih template seperti di bawah.

Lepas tu masukkan la gambar yang anda nak ikut emoticon facebook. Klik upload image dan continue bila siap upload.

Akan keluar pula paparan seperti ini. Rujuk gambar di bawah.

Buka Sofware OBS yang telah anda download tadi. Install kan nya.

Pilih kat sources, browsersource. Amik url dalam kotak hijau tadi. Dan paste ke ruangan seperti gambar bawah.

Paparan gambar live pilihan kita akan muncul di screen OBS.

Kembali ke mylivepolls.com, klik Generate Stream Key.

Satu Popup dari Facebook akan keluar seperti ini. Pastikan anda buka juga facebook profile anda.

Pilih je di mana anda nak buat live. Sama ada profile anda , profile kawan anda, page anda, event atau group. Lepas tu tekan Next. Keluar satu lagi popup besar videolive . 

Copy Stream Key daripada popup tersebut dan paste ke dalam Setting OBS ( Tab Stream) . Kemudian klik apply dan ok. Di OBS tekan Start Streaming. Tunggu sehingga Live Di popup dari facebook keluar gambar live yang kita set tadi. Tekan Go Live. Contoh page yang saya set dah keluar Live.

Cara nak dapat kiraan undi berdasarkan emotions reaction yang orang klik di live video ialah kita rujuk mylivepolls.com tadi. Klik atas video live, copy url video dan paste seperti diruangan bawah. Akhir sekali klik Generate Live Video.

Contoh Live Vote yang saya sudah cuba.
Live Vote Undi Parti PRU 14
Live Vote Undi Perdana Menteri 7 PRU 14

Selamat Mencuba !!!

No comments

Powered by Blogger.