Header Ads

20 Lokasi Nasi Kandar Terbaik Di Pulau Pinang


20 Lokasi Nasi Kandar Terbaik Di Pulau Pinang. Facebook page BroMakan menyenaraikan 20 lokasi nasi kandar terbaik di Pulau Pinang. Mesti ramai yang nak tahu lokasinya kan? Nasi Kandar adalah satu jenis hidangan nasi kukus  yang turut disajikan dengan kepelbagaian kari dan lauk pauk seperti ayam, ikan, sotong dan lain-lain.

Sedikit sejarah nasi kandar untuk pengetahuan bersama. Saya percaya ramai yang masih tak tahu sejarah nasi kandar.

Perkataan Nasi Kandar timbul kerana pada zaman dahulu penjaja nasi menjinjing (mengandar) palang kayu yang menggantung dua bekas, satu nasi dan satu lagi lauk-pauk.

Nasi untuk dijadikan nasi kandar biasanya diletakkan dalam bekas kayu kira-kira tiga kaki tinggi yang memberi ia satu aroma yang tersendiri. Hidangan nasi kandar dilengkapi oleh daging seperti ayam goreng, limpa kari, daging lembu, telur ikan, udang atau sotong goreng.

Hidangan sayur pula biasanya adalah seperti terung, bendi atau peria. Satu campuran limpahan kari dituang pada nasi. Ini dipanggil 'banjir' (pembanjiran) dan menyampaikan satu rasa pelbagai pada nasi tersebut.

Panggilan Nasi Kandar telah kekal sehingga hari ini, namun kerana ianya lebih popular di kalangan peranakkan India Muslim di Pulau Pinang, resepi asli Nasi Kandar telah diasimilasi dengan Nasi Kari India, sekaligus 'mencacatkan' rasa sebenar Nasi Kandar Melayu yang asli.

20 Lokasi Nasi Kandar Terbaik Di Pulau Pinang



1. Nasi Kandar Kampung Melayu


Terkenal sejak tahun 1970an dalam kalangan masyarakat setempat. Nasik kandaq syurrrrrrr ni beroperasi seawai 7 pagi sampailah tengahari di Blok A, Flat Kampung Melayu, Air Itam. Membuka lagi sebuah cawangan Nasi Kandar Kampung Melayu yang beroperasi pada sebelah malam pula, iatu di Astaka Desa Mawar, Air Itam. Setengah orang kata yang di sebelah malam lagi rancakkkk. Tapi yang pasti kuah ikan dengan kuah daging depa memang marvellous dan mempunyai keunikan tersendiri kalau nak dibandingkan dengan kedai nasik kandaq yang lain.

2. Nasi Kandar Deen Maju


Seakan menjadi fenomena sekarang di Pulau Pinang, nasik kandaq Deen Maju dari sehari ke sehari mengumpul peminatnya yang tersendiri. Terletak di Jalan Gudwara, Georgetown berhampiran dengan Hotel Neo+ dan pasaraya Gama. Dibuka pada pukul 2.30 petang hinggalah ke malam. Kalau nasib tak baguih, pukul 8 malam pi pon tak dak apa dahhh. Lincinnn! Apa-apa pun mai awai. Hahahaha Keistimewaan nasik kandaq deen maju ni ialah lauk ayam goreng berempah dia. Kerangupan dan keenakan ayam goreng dia memang A class! Ada yang sanggop tunggu dan beratoq berejam-jam semata-mata hanya untuk mendapat sepinggan nasik. Yang tak pernah try lagi, wajib pi try!

3. Nasi Kandar NS



Antara nasi kandar 24 jam yang legend dalam Pulau Pinang. Ada orang panggil nasik kandaq Sauban. Terletak di Jalan Burma berhadapan dengan 7 Eleven. Ayam goreng dan gulai ikan dia memang syurrrrrrr. Identiti kedai NS nasik kandaq ni, kalau perati elok-elok pinggan depa ada cop NS, kedai nasik kandaq lain mana adaaaa! Hahahahaha.

4. Nasi Kandar Beratur


Beroperasi sejak tahun 1943, Nasi Kandar Beratur atau dikenali sebagai Nasi Kandar Liyaqatali ni memang tidak lazim lagi bagi masyarakat Pulau Pinang. Beroperasi pada pukul 10 malam dan ke atas. Kalau mai awai tu, ada jugak orang meniaga nasi kat tempat yang sama. Tapi tu bukan nasik kandaq beratoq la. Hahaha Terletak di Jalan Kapitan Keling dan kedai ini betoi-betoi sebelah Masjid Kapitan Keling. Lauk dia kat sini semua admin suka, terutama sambai nyioqqq dia. Satu ja admin tak suka pasai nasik kandaq ni, cari parking. Boleh bebai woooooo!

5. Nasi Kandar Deen Jelutong


Ramai orang confius nasik kandaq Deen Jelutong dengan nasik kandaq Deen Maju. Kedua-dua kedai ini adalah di lokasi yang berbeza, waktu operasi yang berbeza dan owner pun berbeza. Keistimewaan Nasi Kandar Deen Jelutong ini ialah keaslian gulai ikan dia memang perghhhh! Bubuh bendi 2, 3 bijik dah cukup untuk membangkitkan selera. Terletak di Jalan Jelutong dan mempunyai cawangan terbarunya di Relau, iatu Deen Baru Relau. Sana pun depa kata best jugak. Nanti admin nak pi try sana pulak.

6. Nasi Kandar Ali Amier 



Terletak di area Jelutong, berdekatan dengan Balai Polis Jelutong. Nasi kandaq ni sangat famous dalam kalangan masyarakat setempat. Kiranya orang luaq tak tau sangat lah. Tapi series memang sempoi. Kuah daging dia yang pekat dan kehitaman tu lah, yang buat bangkit selera admin. Waktu operasi kedai Ali Ameir ni dibuka seawal 6 pagi. Yang tak pernah try tu. Pi rasa tengok lagu mana. Hahaha

7. Nasi Kandar Pokok Ceri


Terletak di Jalan Air Itam, dan landmark berdekatan dengan kedai ni ialah Market Dato Keramat dan Masjid Datuk Keramat. Istimewanya kuah nasik kandaq dia memang "firm"! Pekena pulak dengan papadom! Perghhhhh. Pada setiap hari Jumaat, Sabtu, dan Ahad akan ada menu istimewa Nasi Tomato. Nasik tomato dia pun sempoi.

8. Nasi Kandar Pokok Ketapang (Georgetown)

Terletak di Hutton Lane bersebelahan dengan Hotel Penaga. Kedai ini beroperasi pada setiap hari 24 jam. Apa yang special pasai kedai nasik kandaq ni, rasam dia yang memang asli dan sangat sedap. Bagi depa yang tak tahu, rasam adalah sejenis sup herba yang amat bagus untuk memanaskan badan serta memberi kesihatan dalaman badan. Selalunya kedai nasik kandaq yang otai ja ada disediakan rasam ni.

9. Nasi Kandar Merlin


Nasi kandar ini terletak di bawah Hotel Merlin di Jalan Union, Georgetown. Kedai ni dibuka pada waktu lunch sahaja dan hari weekend tutup. Terkenal dalam kalangan pekerja-pekerja pejabat dan bank di kawasan sekitar Union Street. Kira ni port makan depa laaaaaa. Keistimewaan masakan di kedai ini adalah menu ayam masak hitam bawang diaaaaa, gulai ikan dengan sambai nyioq. Memang sapa yang makan tu, mesti cayaq punyaaaaaaa.

10. Nasi Kandar Kayu

Antara nasi kandar yang mempunyai cawangan terbanyak dalam Malaysia. Terdapat sebuah cawangan di Jalan Nipah, berdekatan dengan Hotel Vistana, Bukit Jambul. Beroperasi 24jam setiap hari dan terdapat pelbagai lagi jenis menu di kedai nasik kandaq ni. Antaranya ialah mee goreng, roti canai dan macam-macam lagi! Menu lauk nasik kandaq yang pelbagai jenis membuatkan pelanggannya rambang mata nak pilih hattt mana satu! Paling admin suka, ayam masak madu depa. Series memang sedap!

11. Nasi Kandar Imigresen

Terletak di Lorong Pasar di tengah-tengah kawasan Georgetown. Gerai ni beroperasi di tepi jalan sahaja, meja lipat dan kerusi pon kat tepi jalan ja, dan meniaga pun atas kereta roda tiga, tapi keenakan dan rasa nasik kandaq ni memang tak boleh disangkalkan lagi. Sekali pekena mesti tersandaq punya! Lagi satu nasik kandaq Imigresen ni pun murah tau. Puaih hati la kalau mai makan kat sini. Waktu operasinya dari 10 pagi hingga 9 malam dan hari Jumaat ampa toksah dok pi cari, sebab kedai ni katup. Hehehe

12. Nasi Kandar Sulaiman

Lokasi kedai Nasi Kandar Sulaiman ini terletak di Jalan Utama, Air Itam. Beroperasi seawal pukul 5 pagi hingga 12 tengahari. Kedai ni jugak dikenali sebagai Famous Dhoby Ghout Nasi Kandar. Kedai legend ni sangat famous dengan kari ikan dia, dan hampa wajib pi try gulai sotong diaaaaaaa! Memang syurrrrrrrrrr. Sampai tak sedaq boleh tambah dua kali wooooo. Dasyat tak penangan dia. Hahaha

13. Nasi Kandar Line Clear

Antara nasi kandar paling famous dalam kalangan tourist dan orang luaq Pulau Pinang. Beratoq sampai ke jalan nuh. Nasi Kandar Line Clear beroperasi sejak tahun 1949. Menu special depa, Kari Kepala Ikan dengan sambai nyioq. Syurrrrrr. Terletak di Jalan Penang dan waktu operasinya 24 jam. Membuka cawangan keduanya di Kampung Baru Kuala Lumpur. So, pada sesiapa yang tak dan makan kat Penang, hangpa boleh pi try yang KL punya cawangan.

14. Nasi Kandar Shariff

Dahulunya, nasik kandaq legend ni meniaga pakai kereta roda tiga ja dekat area Pejabat Pos Gelugoq. Sekarang, kedai nasik kandaq ni beroperasi di dalam Kompleks Pasar dan Makanan Jalan Permai. Lebih selesa dan parking pun senang cuma kena beratoq sat laaaa. Keistimewaan nasik kandaq ni terletak pada campuran kuah yang memang sempoi. Ayam goreng dia pun sedap! Kedai ni beroperasi pada pukul 5 petang hingga 10 malam dan tutup pada setiap hari Sabtu.

15. Nasi Kandar Rafee

Sejak tahun 1959 beroperasi, kedai nasik kandaq ni boleh dikatakan antara nasik kandaq terbaik di Pulau Pinang. Lokasi nasik kandaq ini terletak di Bandar Pulau Tikus, Georgetown berhadapan dengan Balai Polis Pulau Tikus. Menu istimewanya ialah kari ayam dan ayam goreng berempah. Sapa sapa pernah makan, mesti tau sedap dia tera mana. Gerai yang beroperasi 24 jam ini jugak menyediakan hidangan roti canai, murtabak dan bermacam-macam lagi.

16. Nasi Kandar Tajuddin Hussain

Nasi kandar legend ni sudah beroperasi sejak tahun 1977 dan masih relevan dan setanding dengan nasik kandaq yang tumbuh bak cendawan kat bumi Pulau Pinang ni. Terletak di Georgetown Little Indian iatu di Queen Street. Lebih kurang 2 minit waktu berjalan dari Masjid Kapitan Keling. Kalau mai sini tak pekena Kurma Kambing dia memang tak sah! Memang terangkat habeh kuah kurma dia. Disamping itu, ayam masak ros jugak antara menu tarikan utama kedai nasi kandar ni. Lauk lauk yang admin habaq tadi boleh dimakan dengan nasi beriyani jugak. Memang old time favorite!

17. Nasi Kandar Kassim Mustafa

Kassim Mustafa juga mempunyai beberapa cawangan di seluruh Malaysia dan di Pulau Pinang terdapat di Chulia Street, Georgetown dan Seberang Jaya. Menu istimewanya ialah Nasi Dalca. Nasi dalca dengan kuah dalca ubi mengala dan ayam masak ros memang gandingan yang betoi-betoi boleh menaikkan selera sesiapa sahaja yang melihatnya. Rugi sapa tak pernah pekana oi.

18. Nasi Kandar Ali IPD

Kedai yang berniaga di tepi jalan menggunakan kereta roda tiga ini terletak di Jalan Dato Keramat. Kedai ini terletak betoi-betoi sebelah dengan Balai Polis IPD Jalan Dato Keramat. Gerai ini dibuka pada pukul 6 petang hingga lewat malam. Istimewanya menu kat kedai nasik kandaq ini ialah ayam goreng berempah yang digoreng panas-panas. Kalau boleh ampa reqeust kerak-kerak ayam tu makan sekali dengan nasik. Memang syurrrrrr.

19. Nasi Kandar Misai Chowrasta


Ada yang panggil nasik kandaq misai, ada yang panggil nasik kandaq chowrasta. Kedai nasik kandaq ni femes dengan orang-orang lama saja. Orang muda mana tau, hampa ralit dok pi deen maju jaaaa. Hahaha melawak! Kedai ni terletak di Tamil Street bersebelahan dengan pasar Chowrasta. Gulai ikan dia memang terbaik! Teringat kenangan dulu-dulu admin masa kecik, abah bawak mai bukak posa kat sini. Kalau dengaq siren Balai Polis Penang Road bunyi, barulah boleh makan. Hahahaha

20. Nasi Kandar Hameediyah

Nindiaaa last sekali. Faveret admin! Nasik kandaq ni terletak di Champbell Street, Georgetown. Kedai legend ini terdapat dua lot yang berasingan iatu lot kedai original atau lot lama dan lot kedai baru yang berhawa dingin. Kedai ini beroperasi sejak 1907 yang lalu dan menjadikan gerai nasik kandaq yang paling lama bertahan dan beroperasi. Menu nasi kandar di sini juga pernah diiktiraf oleh 50 chef yang mengatakan memang sedap ketika Festival Makanan Asia pada tahun 2014. Keaslian dan keenakan masakan di Hameediyah memang tak perlu diragukan lagi. Kari Ayam, Kurma Kambing, Ayam Tandoori memang sedap dan mempunyai rasa yang cukup lengkap. Murtabak ayam dan daging di Hameediyah ini jugak antara menu best-seller. Kedai ini beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

12 comments:

  1. Lepas ni kalau pergi Penang, senang cari Nasi Kandar kat mana.

    ReplyDelete
  2. Rupanya banyak restoran nasi kandar di Pulau Pinang.

    Jka ke sana, bolehlah singgah di loh kasi yang bro Wafi kongsikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes bro kamil, boleh banding2 dulu...

      Delete
  3. Assalam.. pernah makan di beberapa tempat tu.. mmg sedap. Tp ada beberapa tempat lagi yg baru tau. Ada rezeki ke penang mmg nak try makan. Thanks sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya biasa nasi kandar kayu dan line clear je :)

      Delete
  4. wahhh... banyak juga tempatnya eh... nanti leh refer bila ke sana... tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa save dalam kepala nama2 kedai nasi kandar2 ni

      Delete
  5. tq info...nanti g penang senang kan dah ada list

    ReplyDelete
  6. Tq ye share tempat makan nasi kandar dipulau pinamg..seronok gk klu dapat pergi
    .

    ReplyDelete

Powered by Blogger.