Header Ads

10 Panduan Naikkan Engagement Facebook


Saya ada baca perkongsian 10 Panduan Naikkan Engagement Facebook daripada facebook Amir Syahir. Panduan ini sangat berguna untuk mereka yang buat bisnes jual barang atau servis di facebook. Anda mesti faham algorithm facebook sekarang. Bukan main posting je sesuka hati.


10 Panduan Naikkan Engagement Facebook 


Engagement yang baik penting untuk mereka yang berniaga ataupun yang menawarkan perkhidmatan. Tujuannya supaya post mereka muncul pada semua friends dan followers. Kau ada friend 5000 pun, tak semua post kau muncul dekat newsfeed mereka.
Kalau kau ada friend FB 2000 orang, tapi post kau muncul dekat lebih 1000 orang lagi baik daripada kau ada friend FB 5000 orang, followers 2000 orang tetapi post kau hanya muncul dekat 300 friend F&F je. Itu bermakna engagement kau kurang. Kau jangan rasa kau banyak followers pembaca kau ramai.
Aku pun tak tahu lah panduan di bawah ni betul atau tidak. Aku buat eksperimen sendiri melalui pemerhatian , cuba jaya, adjust mana yang tak kena.


Antaranya,
1. Tapis Kenalan FB
Bukan main add dan accept friend request je. Kau kena tengok dulu FB dia, tengok apa dia tulis kat wall dia. Bukan main approved bila terima friend request. Kot tu fake akaun ke, akaun dia nak main game je ke. Rugi je la kau add. Memang tak berfungsi lah akaun tu.


2. Waktu
Ini gua rasa memainkan peranan yang sangat penting. Kalau nak posting yang panjang, jangan lebih dari pukul 10 malam. Kau tu posting berat kau post pukul 11 malam. Mana ada orang nak baca posting panjang-panjang pukul 11 malam kak oii. Kaji waktu perdana yang orang selalu online di FB kau. Setiap orang lain dia punya waktu lapang.


3. Like & Komen
Kau tu orang komen post kau, kau payung Like je. Kau ingat kau diva? Artis? Like nak dapat 500 pun sendu. Padahal 20 orang je pun komen. Balas la komen setakat puluh-puluh tu. Setakat yang termampu.
Dua kali dia komen kau tak balas memang tak la dia komen lagi. Bagilah mereka rasa dihargai. Susah woi nak drop komen. Tengok komen juga lah, takkan dia komen sticker pun kau nak balas komen. Kalau mereka boleh berikan masa untuk baca dan komen post kau, kenapa tidak kau?
Kau layan orang baik, orang pun akan layan kau dengan baik. Simple. Kau pun kena lah rajin Like & Komen orang yang selalu komen post kau. Barulah engagement selalu ada.


4. Keseimbangan Ekosistem FB
Add juga orang yang bukan menjual benda yang sama, yang bukan bisnes ataupun orang yang tak buat apa-apa servis. Kalau semua kau add orang yang menjual dan berbisnes sama macam kau, sapa nak beli barang kau? Simple kan. Dorang pun dah malas nak komen, like FB kau sebab sama je kau barang kau jual tu.
Setahun sekali semak balik kenalan FB kau. Kalau lama dia tak update tu, mungkin laki dia tak bagi main FB dah. Kau boleh remove dia. Dah la kau tu main add je. Yang aktif FB bagus untuk kau add. Yang berfikiran negatif sangat tu kau remove je.


5. Main Update Je
"Nak ke rumah Paksu". "Lapar". "Tak makan lagi". "Rasa nak demam". Jadilah profesional. Benda simple tak perlu nak update sampai satu dunia tahu. Kalau nak update gitu baik main Twitter. Sekali sekala takpe lah. Kalau selalu kau buat macam tu memang orang tak like dan komen. Engagement kau akan berkurangan la. Ingat, FB ni lebih kepada penceritaan. Orang suka baca cerita. Kalau kau pandai bercerita, memang orang akan follow kau.


6. Bersifat Negatif
Kau nak maki kerajaan naik harga ke, nak maki kawan ke, nak ngumpat ke jangan post dekat FB. Tak elok. Kau create group WhatsApp, invite kawan yang suka layan kau. Lepas tu kau maki la sepuas hati. Jangan tunjukkan sifat kebencian, marah kerajaan, maki hamun mencarut dan sifat mazmumah yang lain.


7. Pakar Segalanya
Isu minyak naik kau ulas sebab apa minyak naik harga. Isu mak cik gaduh dekat masjid kau up cerita zaman Nabi dulu. Isu Malaysia kalah bola, kau komen teknikal formasi/game play Malaysia. Kau tak perlu tunjuk pandai segalanya. Pakar sublet lah, master of lelong lah. Bisnes pun kau tahu, copy writing pun kau pakar. Serba serbi kau tahu. Padahal kau Google je tu. Ada beza nak menunjuk pandai dengan niat nak berkongsi ilmu. Ada bezanya.


8. Nama FB
Tukar la nama FB kau tu. Ini nama Beruang Kuning, Pok Nik Tiger, Suzie Kokdiang. XYX HaN. Lagi satu kalau nama kau tiga huruf je tak boleh nak tag. Nanti orang nak rekemen kau susah la. Kau juga yang rugi. Tapi tu lah, orang macam kau, orang bagi nasihat kata kecam. Pesen tak nak terima penambah baikan.


9. Sense Of Humor
Selitkan sedikit unsur lawak. Tak la sampai pembaca tu menggelupur gelak. Sekurang-kurangnya boleh buat dia tersenyum sendiri. Jangan la serius sangat. Gunakan gaya bahasa yang santai sikit. Ini gaya bahasa baku, baca sikit pun rasa pening dah. Olah dengan gaya bahasa kau sendiri. Tak perlu copy gaya bahasa orang lain kalau kau selesa dengan gaya bahasa kau.


10. Memberi Itu Lebih Baik
Jangan asyik nak berbisnes je dekat FB kau tu. Sekali sekala sharinglah ilmu yang bermanfaat. Apa kau baca dekat buku ke, kongsilah sikit. Ini siang malam update benda yang kau jual. Baik kawan dengan papan iklan je. Lama-lama orang jadi menyampah juga. Kalau iklan dekat YouTube pun kau skip je kan? Macam la aku tak tahu. Jika kau jual tudung, bila nak raya buat la contest beri tudung percuma ke.


Mungkin panduan-panduan ini berkesan kepada aku tetapi tak berapa menjadi pada kau atau mungkin jadi lebih baik jika kau gabung dengan ilmu yang kau ada tu. Boleh cuba kan. Moga kau dapat sesuatu benda baru dalam post ni.


Jika kau dah buat semua ni dan masih engagement kurang, sabar. Biar masa yang menentukan segalanya. Biasa la kan cakap dengan dinding setahun dua. Tak semua terus power kan.


Kalau kau ada cara lain, boleh tambah di ruang komen. Kita sama-sama berkongsi ilmu.


Tak susah pun sebenarnya kan?

12 comments:

  1. Terbaik panduan ni.. patut la takde yang nak like status saya.. dah banyak kesalahan saya dah buat

    ReplyDelete
  2. wow good info. thankyou for sharing :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Terima kasih atas panduan ini. Semoga sentiasa dipermudahkan urusan anda

    ReplyDelete
  4. tersenyum-senyum baca tips ni.. setuju semua..! :)

    jom sama-sama naikkan engagement FB yang positif.. hehehehee..

    ...

    ReplyDelete
  5. wah penting sangat panduan ni hehe thanks sharing ^^

    ReplyDelete

Powered by Blogger.