Hikmah Dan Kelebihan Berpuasa Di Bulan Ramadhan

Ramadhan 2017 datang lagi. Ketibaan Ramadhan, umat islam di seluruh pelusuk dunia serentak mengerjakan puasa dalam satu masa tertentu. Di sini, saya nak kongsikan hikmah dan kelebihan berpuasa di bulan ramadhan.


Hikmah Dan Kelebihan Berpuasa Di Bulan Ramadhan

  1. Kesatuan hati dan niat tulus ikhlas ini di lakukan semata-mata untuk mengabdikan diri terhadap Allah SWT.
  2. Dengan diwajibkan berpuasa, semua golongan islam, kaya dan miskin, terpaksa menempuhi ujian sama. Puasa, menimbukan perasaan bertimbang rasa serta mengasihi sesama umat islam.
  3. Amalan berpuasa melahirkan jiwa insan yang selalu taat kepada Allah. Ketenangan jiwa dan ketakwaan akan lahir.
  4. Dari segi kesihatan, perut yang melalui proses berpuasa dapat dibersihkan. Sekaligus, beberapa penyakit dalam tubuh badan dapat diatasi.
  5. Puasa itu disifatkan Rasulullah SAW sebagai separuh daripada kesabaran.
  6. Orang yang berpuasa lebih disayangi Allah, selamat daripada api neraka dan menghapuskan dosa-dosa kecil.
  7. Kedatangan ramadhan ada keistimewaannya kerana di anjurkan ibadat solat terawih, disamping di wajibkan juga zakat fitrah (badan) keatas golongan yg mampu sebagai satu kewajipan yang membantu insan musim yang lain.
  8. Diriwayatkan sebuah hadis daripada Nabi SAW : Maksudnya, "Sesiapa berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan, mengharapkan balasan daripada Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu."
  9. Ketibaan ramadhan menandakan terbukanya pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai syaitan.
  10. Malam Nuzul Al-Quran ( 17 Ramadhan ) merupakan saat penting al-quran diturunkan dari langit ke dunia untuk menjadi pedoman manusia hingga ke akhir zaman.
  11. Terdapatnya Lailatul Qadar iaitu satu yang padanya terdapat saat penuh penuh keberkatan menyamai 1000 bulan (83 tahun 3 bulan ) ganjaran pahalanya daripada Allah SWT.

Ketika artikel ini ditulis, hari ini adalah hari kesebelas umat islam berpuasa di bulan ramadhan tahun ini. Bermakna ada 18 hari lagi untuk ditempuhi. Selamat Berpuasa Ya :)

Diharap kita sama2 menghayati dan menggunakan peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT disamping memanfaatkan kelebihan bulan ramadhan.




Hikmah Dan Kelebihan Berpuasa Di Bulan Ramadhan Hikmah Dan Kelebihan Berpuasa Di Bulan Ramadhan Reviewed by Abdul Wafi on June 06, 2017 Rating: 5

1 comment

  1. banyak sebenarnya kelebihan puasa ramadhan nie

    ReplyDelete

Post AD