Ads Top

Panduan Memulakan Bisnes Air Balang

Pasti dengan kehadiran bulan Ramadhan yang bakal tiba kurang daripada 2 bulan, ramai yang masih mencongak nak menjalankan perniagaan apa. Saya ada baca panduan memulakan bisnes air balang minggu lepas. Menarik juga membaca panduan tulisan Mizan Sulaiman ini. Beliau sudah mula berniaga air balang ini sejak tahun 2008 lagi.

Antara bisnes yang mudah dan patut dicuba ialah Memulakan Bisnes Air Balang. Kenapa saya berkata begitu? Antara sebab nya ialah kos permulaan yang tidak lah begitu mahal ( kos beli kanopi, meja dan balang air). Untuk permulaan kos nya tidak sampai RM1,000. Manakala kos harian untuk membuat air pula sekitar RM100 (kos bergantung kepada air yang anda nak jual).

Bisnes Air Balang


Jika anda mahu menjual air soya, kos untuk membeli 1kg kacang soya dan 2 beg ais, adalah sekitar RM12 sahaja. Namun setelah di proses menjadi air soya dan dimasukkan ke dalam balang air untuk dijual, anda boleh menjualnya sebanyak 120 cawan. Jika setiap cawan di jual dengan harga RM1.00... Bermakna anda sudah memperolehi RM120... Peningkatan sebanyak 1,000% dari modal yang dikeluarkan.

Baca juga "Air Jagung Ketagih"


Berapa Modal Bisnes Air Balang ?

Berikut adalah kos anggaran kasar untuk memulakan bisnes air balang :

- 1 unit kanopi 10 x10 : RM150-RM200
- 1 set meja pasar malam : RM100 (maksima)
- 3-4 balang air : RM120-130 (per balang)
- 2 kerusi : RM 10-RM20
- 1 alas meja : RM30-RM40
- 1 senduk air gula: RM10 (maksima)
- 1 unit bekas duit : Guna tin milo/susu/Tupperware-percuma
- 1 unit bekas air gula: RM5-10
- 1 pek plastik bungkus Air 7×10 atau 8×12: RM4 – 8(Per pack )
- Tali pengikat air/Getah pengikat: (RM5)
- 4 senduk/penceduk air balang: (RM6-10 per unit/free jika beli sekali dengan balang)
- 1 dozen Straw: RM 5-6
- Plastik bungkus (untuk pelanggan bawa air yang telah dibeli)
Kos Permulaan Sekitar Rm800.

Berapa Modal Harian?

Kos untuk membeli bahan-bahan membuat air seperti buah-buahan dan kiub ais adalah sekitar RM20 bagi setiap balang.Bergantung kepada jenis air yang anda mahu jual! Kalau jual air soya, modal tak sampai RM10.

Potensi Jualan & Untung

Katakan anda jual 5 balang air = modal harian sekitar RM100 sehari.
Setiap balang air yang bersaiz 33 liter, boleh dapat 27 bungkus air. Dan setiap bungkus dijual dengan harga RM3.
Jadi, jualan sehari.. RM3 X 27 bungkus X 5 balang = RM405
Tolak modal harian… RM405 – RM100 = RM305
Sekarang.. darab pula dengan 25 hari berniaga di bazar (lagi 5 hari sebab malas / nak balik kampung atau hari hujan)…
RM305 X 25hari = RM7,625
UNTUNG = RM7,000 beb sebulan!

Tips Memilih Tapak Bazar Ramadhan Untuk Berniaga!

Sebelum anda memilih tapak pasar ramadhan yang anda suka, kaji dulu lokasinya. Jangan pilih pasar ramadhan yang baru dianjurkan atau tak pernah wujud sebelum ini. Tapak baru amat susah untuk tarik pelanggan datang.
 
Ada penganjur yang niatnya hanya untuk kaut untung melalui yuran tapak kepada peniaga. Mereka tak akan bertanggungjawab dan akan lesap jika bazar ramadhan anjuran mereka tidak dikunjungi orang ramai!
 
Jadi disini! Saya kongsikan 4 tapak bazar ramadhan yang boleh anda pertimbangkan untuk masuk berniaga di bazar ramadhan.
1. DI KAWASAN PASARAYA TERKENAL
Ada bazar yang dibuka berhampiran pasaraya terkenal. Sangat strategik dan paling menjadi tumpuan ramai! Contohnya di Kajang, tempat yang boleh digelar happening adalah di tapak pasar tani Prima Saujana. Tak jauh dari Giant atau di jalan TAR, K.Lumpur.
Di Bandar Baru Bangi, port yang meriah dengan peniaga dan orang ramai setiap tahun adalah di belakang bangunan PKNS dan stesen minyak Shell.Tetapi perlu diingat, sila dapatkan tapak seawal yang mungkin. Persaingan tapak memang sengit!
2. TAPAK PASAR MALAM/PASAR TANI
Di tapak pasar tani Presint 2 Putrajaya atau pun Jalan TAR Kuala Lumpur, bazar ini menjadi lubuk duit dan rebutan kepada peniaga. Tapak ini lebih digemari oleh peniaga kerana mereka telah ada
pelanggan setia.Jadi tak perlu risau jualan tak mendapat sambutan.
Ada peniaga yang sanggup berulang-alik dari Keramat, Kuala Lumpur, Shah Alam dan Gombak. Sama juga seperti di bazar seksyen 1, Bandar Baru Bangi. Itu sebab ada yang ambil
kesempatan jual tapak dengan harga yang lebih mahal.
3. KAWASAN HOSTEL IPT/ UNIVERSITI
Ya! Ini memang lokasi yang cukup ‘hot'. Kebanyakan pelajar akan membeli juadah di pasar Ramadhan. Jarang budak-budak U ni nak masak sendiri di rumah. Eksploitasi keadaan ini menjadi sumber rezeki kepada anda. Katakan ‘Saya mesti Pilih'! Tapi ingat ya...Kalau bulan puasa jatuh masa cuti semester, mungin sales akan drop mendadak. Hostel kosong sebab semua dah balik kampung. Check kalendar dulu yaa..fikir masak-masak.
4. KAWASAN TUMPUAN /KEMUDAHAN PENDUDUK
Di hadapan deretan kedai runcit, masjid, dewan atau pusat setempat masyarakat atau laluan jalan utama. Biasanya kategori ini terletak di kawasan pekan atau kampung. Di sesetengah tempat, cuma RM3 dikenakan untuk bayaran sampah sahaja. Tiada bayaran tapak bulanan dikenakan. 

Tips-tips di atas adalah antara sebahagian kandungan yang terdapat dalam Panduan Memulakan Bisnes Air Balang.

Ok. Anda mesti dah tak sabar nak tahu apa kandungan yang ada dalam E-Book ini kan?

Kandungan E-Book  Bisnes Air Balang





BAB 1 : CARA MOHON TAPAK NIAGA
Dalam bab permulaan ini, saya tunjukkan anda langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk mendapatkan tapak niaga di bazar ramadhan atau bazar-bazar yang lain. Apa sijil yang perlu anda dapatkan sebelum membuat sebarang permohonan dan dimanakah untuk mendapatkannya? 
Semuanya saya tunjukkan dalam bab ini! Siap sekali saya bagi dengan contoh gambar sijil & resit!

Berapa pula besar saiz tapak dan berapakah bayaran bagi setiap tapak? Juga saya tunjukkan kos anggarannya disini!

Bab ini amat penting, terutama sekali jika anda baru pertama kali mahu berniaga di bazar. Tanpa tapak niaga... sudah pastinya tiada bisnes untuk anda.



BAB 2 : TIPS MEMILIH LOKASI BAZAR

Percaya atau tidak, bukan semua lokasi bazar akan mendapat sambutan! Ada sesetengah lokasi bazar, diwujudkan oleh pihak penganjur semata-mata untuk mengaut keuntungan dengan menjual tapak kepada peniaga. Namun begitu, bilangan pengunjung yang hadir, hanya sayup-sayup sahaja.

Jadi, jangan menjadi mangsa! Kenali tapak-tapak yang "hot" yang ramai pengunjung untuk anda berniaga! Ada beberapa ciri yang akan menjadikan sesebuah tapak bazar itu HOT atau tidak!

Saya bongkarkan ciri-ciri tersebut di dalam bab ini!

BAB 3 : PERALATAN SERTA KELENGKAPAN

Antara 2 benda asas yang perlu anda ada untuk berniaga di bazar, adalah kanopi dan juga meja.
Dalam bab ini saya tunjukkan jenis kanopi serta jenis meja yang anda perlukan. Saya juga turut berikan anda tempat serta alamat kedai untuk anda membeli peralatan ini dengan harga yang lebih murah!

BAB 4 : PERSEDIAAN & PENGURUSAN MASA BERNIAGA

Ada 5 Tips "REAL" yang saya kongsikan dalam bab ini. Ilmu dalam bab ini, hanya "peniaga sebenar" sahaja yang tahu. Hanya orang-orang yang pernah berniaga di bazar ramadhan sahaja yang tahu situasi dan keadaan sebenar yang perlu dihadapi dan bagaimana cara untuk menanganinya?. 

Jadi, anda perlu tahu ilmu di dalam bab ini agar anda boleh hadapi segala cabaran sewaktu berniaga di bazar dengan tenang. Tidaklah nanti anda terkejut jika situasi-situasi yang mencabar ini berlaku kepada anda!

Selain itu, saya juga turut kongsikan rahsia sebenar teknik menarik pelanggan dan bagaimanakah mahu menjadikan gerai jualan anda unik dan berbeza dari peniaga-peniaga yang lain, di dalam bab ini!

BAB 5 : RESEPI 15 JUS BEST SELLER

Di dalam bab ini saya kongsikan "15 Resepi Jus Yang Paling Laris" di pasar ramadhan. Bukan sahaja sekadar resepi, malah, cara-cara membuatnya secara bergambar juga ada saya tunjukkan. 

15 Resepi Jus Buah tersebut adalah...1.  Jus Mangga, 2.  Jus Tembikai Susu, 3.  Jus Tembikai


BAB 6 : RAHSIA SULIT JUS YANG LARIS

Ada 7 tips sulit yang saya kongsikan di dalam bab ini! Saya kongsikan apakah sebab saya meletakkan sesetengah bahan ke dalam resepi yang saya berikan dalam bab 5 sebelum ini.

Dalam bab ini juga saya kongsikan tips dimana anda boleh membeli buah-buahan dengan harga yang lebih murah! 

Bagaimana pula untuk memilih buah-buahan yang segar dan manis? Juga ada saya kongsikan di dalam bab ini!

BAB 7 : CASE STUDY - BAGAIMANA SAYA JANA RM7K SEBULAN DENGAN BISNES AIR

Ini adalah bab yang paling menarik di dalam ebook ini. Di dalam bab ini, saya ceritakan semua strategi serta apa yang saya lakukan sehingga mampu mencapai keuntungan sebanyak RM7,000 dengan hanya berniaga 3 balang air di bazar ramadhan!

Ok.

Sekarang Anda Boleh Terus Baca Preview E-Book Bisnes Air Balang DiSini 

Atau Boleh Buat Pembelian Dengan Klik Banner DiBawah






J

Terima Kasih Kerana Sudi Baca Artikel Saya Berkenaan Panduan Memulakan Bisnes Air Balang.






Google+ Followers

Powered by Blogger.