Pemuda Turki Boleh Kecek Kelantan

Beberapa hari lepas, seorang lelaki yang dikenali sebagai Shahrul Ibrahim telah memuat naik video dia sedang menemuramah seorang pemuda berasal dari Turki Fatih İmamoğlu. Fatih İmamoğlu, 24 tahun atau lebih mesra di kenali dengan nama "Mat Daud" di kalangan kawan-kawan di Kelantan, begitu fasih bercakap dalam loghat Kelantan.



Video berdurasi 57 saat itu kini viral sehingga mencecah tontonan lebih 100 ribu. Dalam video tersebut, Mat Daud berkata dia telah 8 tahun tinggal di Kelantan.

Dalam video tersebut, Mat Daud memberitahu dia tidak begitu menggemari budu kerana risau mukanya akan naik jerawat.

Kehadiran Mat Daud dan keluarga pada asalnya hanya untuk berniaga di Kelantan, tapi mungkin beliau tertarik dengan persekitaran negeri Kelantan yang menyebabkan beliau terus tinggal di Kelantan sehingga kini.


Pemuda Turki Boleh Kecek Kelantan Pemuda Turki Boleh Kecek Kelantan Reviewed by Abdul Wafi on March 14, 2017 Rating: 5

No comments

Post AD