Ads Top

Harga Petrol Akan Turun & Naik Secara Mingguan Berkuat Kuasa 30 Mac 2017

Harga petrol akan turun dan naik secara mingguan. Mulai 30 Mac 2017, harga petrol akan naik dan turun mengikut pelaksanaan sistem penetapan harga petrol dan diesel.Sebelum ini, kita semua sedia maklum, yang kenaikan dan penurunan harga petrol dan diesel adalah ditentukan setiap bulan.


Harga Petrol 30 Mac 2017

Hm, apa boleh buat ya?  Kata Pengarah Bahagian Pengurusan Subsidi Petroleum Kenderaan KPDNKK, Meor Ismail Meor Akim
perubahan harga itu dijangka tidak ketara berbanding sistem penetapan harga bulanan yang dilaksanakan sebelum ini.
Katanya lagi,
Jangkaan kami sekitar lima hingga 10 sen sama ada naik atau turun tetapi saya lebih menjangkakan perubahan berlaku sekitar lima sen sahaja kecuali berlaku sesuatu tindakan di luar kawalan kerajaan termasuk dasar dan keputusan di peringkat antarabangsa seperti keputusan Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) yang mempengaruhi perubahan ketara harga minyak di pasaran dunia.

Sumber : Harga Petrol Di Tetap Mingguan Mulai 30 Mac 2017

Harapan saya, harga petrol dapat di kawal kenaikkan nya oleh pihak kerajaan. Implikasi kenaikkan harga minyak pasti akan menjejaskan harga keperluan rakyat yang lain. Hm, apa boleh buat?

Google+ Followers

Powered by Blogger.