Header Ads

Cara Mudah Untuk Buat Link Whatsapp, Tak Perlu Lagi Prospek Save Nombor Telefon

Zaman sekarang ramai peniaga online yang berniaga di media sosial dengan mengiklankan produk mereka menggunakan medium facebook. Ada yang menggunakan facebook profile, facebook page dan facebook group. Apa yang saya lihat rata2 peniaga online hari ini mereka suka mengiklankan produk mereka tanpa meninggalkan nombor telefon mereka untuk memaksa prospek yang berminat dengan produk mereka untuk meminta PM dari peniaga tersebut.

Cara Mudah Untuk Buat Link Whatsapp
Cara Buat Link Whatsapp 


Ada peniaga yang memberikan nombor telefon mereka untuk dihubungi prospek yang mahu tahu harga dan info lengkap berkenaan produk yang dijual. Sebenarnya bukan semua prospek atau bakal pembeli yang berminat untuk simpan nombor telefon peniaga untuk mereka whatsapp.


Sekarang sudah ada cara mudah untuk buat link whatsapp, tanpa perlu prospek save nombor telefon pun. Anda hanya perlu letakkan link nombor whatsapp sahaja setiap kali postingan anda tanpa perlu susahkan orang untuk simpan nombor anda dan refresh untuk berhubung dengan anda.


Cara nya sangat mudah.

Format 1 : No Telefon Sahaja


www.wasap.my/60193674718

  • Tukar kepada no telefon anda
  • Pastikan ada no 6 kat depan

Format 2 : No Telefon & Mesej





  • Tukar kepada no telefon anda
  • Masukkan mesej yang sesuai
  • Jika ada jarak, guna + ataupun %20
P/s : Kena Update Whatsapp Terlebih Dahulu


Versi Baru

Contoh : http://wafi.wasap.my

1. Whatsapp boleh dibuka menggunakan Handphone Atau Laptop/PC.

2. Personalised URL & lebih ringkas.


3. Boleh lihat berapa banyak klik.

4. Boleh lihat klik dari mana (Facebook, Web, Instagram Dll).

5. Letak FB Pixel ID & Adwords Tag Sendiri.

Untuk versi baru, anda hanya perlu daftar di sini, https://manage.wasap.my/

Baca juga, Cara Buat Link Whatsapp Guna Domain Percuma

Ok

Saya harap perkongsian ini bermanfaat untuk anda yang buat bisnes di media sosial dan dapat memudahkan prospek/bakal pelanggan menghubungi anda. Lepas ini, prospek/bakal pelanggan anda tak perlu lagi simpan nombor telefon anda dahulu untuk menghubungi anda.

Tidak lupa juga, perkongsian saya ini adalah daripada Tuan Saifuddin Ilyas.Terima Kasih Abe Din kerana mempermudahkan cara.

14 comments:

  1. Bagus info ni.

    Masih ada yg tak tahu ni.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih utk info ni tuan

    ReplyDelete
  3. Serius yang ni sangat memudahkan pembeli. Terus klik dan boleh memulakan perbualan. :D

    ReplyDelete
  4. Saya dah buat link. Mcm mna saya nak delete account yaa? Sebab sy dah terbuat 2x account. Nak delete salah satu

    ReplyDelete
  5. Terima kasih tuan atas info. Dah cuba dan berjaya.

    ReplyDelete
  6. Sy dah buat link. Tapi kenape bila buka link, keluar wasap ke nombor 019xxzx. Padahal no yg sy daftar 013xxxx??

    ReplyDelete

Powered by Blogger.