20 Idea Menulis Blog Dari Tuan Wan Yusof

Share:
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar buat pembaca blog wafijamaluddin.com? Kali ini saya nak kongsikan 20 Idea Menulis Blog nukilan Tuan Wan Yusof Wan Jeffery. Saya agak tertarik dengan idea yang di kongsi oleh Dr Wan Yusof ini kerana selama ini saya agak kekeringan idea untuk menulis di blog sendiri.


Idea Menulis Blog
Idea Menulis Blog

Saya tahu ramai blogger-blogger yang kekeringan idea untuk menulis artikel berkualiti di blog masing-masing. Kali ini saya nak berkongsi 5 idea menulis yang agak rare, 5 idea menulis blog ini memang saya tak pernah terfikir sekali pun dalam kepala saya selama ini.

5 Idea Menulis Blog

5 idea meulis blog yang menarik perhatian saya ialah :

1.Menerbitkan Kembali Artikel

Kita biasa lihat perkara ini di blog-blog terkenal. Mereka cari artikel perkongsian di facebook yang banyak share. Mintak kebenaran pemilik asal, jika meraka setuju, siarkan kembali di blog mereka.

2.Dapatan Youtube


Anda hanya perlu buka youtube, cari video-video yang bermanfaat. Tonton dahulu, kemudian buat catatan. Nilai apa yang ada dalam video tersebut anda tulis dalam bentuk artikel di blog anda.  Mudah saja kan? Seterusnya salin kembali embeded code video tersebut untuk di jadi rujukan sumber artikel anda.

3.Manfaat Produk


Jika anda ada produk, sekali pun ada buat dropship. Tulis fungsi, kelebihan serta manfaat produk tersebut di page atau posting artikel anda. Ini akan meningkatkan kredibilty produk tersebut di mata pengguna online yang mencari review sesebuah produk.

4.Post Trending


Buka Google Trends dan Youtube Trends. Kenal pasti topik apakah yang menjadi sebutan di kalangan masyarat sekarang ini. Buat artikel berkaitan dengan topik yang di kenal pasti.

5.Kes Studi


Kajian kes seperti ini sangat bagus untuk di tulis. Sila tulis kembali hasil dapatan anda melalui kajian kes studi terutama nya yang ada menyediakan affiliate. Tulis artikel mengenai kejayaan seseorang yang berjaya menghasilkan jualan yang banyak. Apa rahsia meraka dapat buat sales banyak? Setelah itu selitkan juga link affiliate anda di akhir artikel. Moga-moga anda juga dapat jualan melalui affiliate produk tersebut.


Lagi Idea Menulis Blog


Terdapat lagi 15 Idea Menulis Blog Blog yang di kongsi oleh Tuan Wan Yusof. Saya hanya mencatatkan 5 idea menulis blog yang menarik sahaja. Anda boleh baca lagi artikel asal, "20 Idea Menulis Blog".

Ok.

Sekian sahaja perkongsian dari saya.