Ads Top

Cara Memohon Rumah PR1MA Secara Online

Masih ramai yang tak tahu cara untuk memohon rumah PR1MA terutama orang melayu, ini di buktikan mengikut statistik daripada PR1MA sendiri yang mengatakan jumlah permohonan rumah PR1MA daripada orang melayu masih rendah daripada kaum lain.

Sebenarnya mudah sahaja memohon Rumah PR1MA, tanpa perlu datang pejabat PR1MA. Ok, sebelum saya teruskan Cara Memohon Rumah PR1MA Secara Online ni, biar saya cerita sikit berkenaan Apa Itu PR1MA atau rumah mampu milik ini.

Apa Itu PR1MA







Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar berpendapatan sederhana.

Kediaman PR1MA yang terletak di dalam kawasan berkomuniti mempunyai pelbagai jenis dan saiz. Dengan harga antara RM100,000 hingga RM400,000, anda kini mampu memiliki kediaman di lokasi-lokasi yang strategik di seluruh negara. Kediaman PR1MA ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 hingga RM15,000.


Syarat Kelayakan Memohon Rumah PR1MA


  • Warganegara Malaysia 
  • Berumur 21 Tahun Ke Atas 
  • Pendapatan Isi Rumah (Individu/Suami Isteri) Diantara RM2,500 Hingga RM10,000 Sebulan 
  • Kediaman Pertama atau Kedua Sahaja 


Cara Memohon Rumah PR1MA


  1. Pendaftaran : Anda perlu buat pendaftaran di laman web PR1MA (www.pr1ma.my). Proses pendataran memerlukan anda menghantar beberapa dokumen untuk pengesahan. Selepas mendaftar, anda akan mendapat makluman melalui email apabila kediaman di kawasan anda dibuka untuk permohonan. 
  2. Permohonan : Apabila anda menerima email berkaitan kediaman PR1MA di kawasan anda, terus log in ke laman web PR1MA untuk membuat permohonan. 
  3. Pengundian : Selepas membuat permohonan, proses pengundian akan di lakukan secara telus. Jika anda terpilih, anda akan menerima email daripada pihak PR1MA untuk mebuat pilihan kediaman anda. 
  4. Pembiayaan : Anda akan ditawarkan pembiayaan perumahan terbaik mengikut panel bank PR1MA 


Senarai Rumah PR1MA


Senarai Rumah PR1MA mengikut Wilayah : Tengah, Selatan, Timur, Utara, Sabah, Sarawak


Klik Butang Ini Untuk Lihat SENARAI RUMAH PR1MA !!!


P/S : Jangan mendaftar Rumah PR1MA ini melalui pihak ketiga yang meminta bayaran. Pendaftaran Rumah PR1MA ini percuma sahaja.














Google+ Followers

Powered by Blogger.