Kad Peduli Sihat Untuk Orang Selangor

Kad Peduli Sihat Selangor


Berita gembira untuk orang Selangor. Ya, orang selangor sahaja yang layak untuk memohon. Kad Peduli Sihat ni macam kad perubatan untuk mendapatkan rawatan di Hospital. Orang Selangor sangat di alu-alukan untuk memohon kad ini.

Syarat- Syarat Kelayakan :

1. Warganegara Malaysia2. Lahir di Negeri Selangor atau telah menetap di Selangor melebihi 10 tahun3. Hanya borang permohonan yang telah diisi lengkap dan ditandatangani pemohonan serta melampirkan dokumen yang diperlukan sahaja yang akan dipertimbangkan dan diproses.

KATEGORI A :
- Untuk suami dan/ atau isteri beserta anak-anak (di bawah 21 tahun) yang berkelayakan.
- Pendapatan isi rumah : RM3,000.00 sebulan dan ke bawah

Kelebihan :
- akan mendapat isi kad bernilai RM 500.00 setahun
- Had Gunaan : RM50 setiap kali rawatan
- Jenis Rawatan/Perubatan : Tiada had
- Kad Perubatan PEDULI SIHAT : Percuma (satu kad untuk satu keluarga / pemegang akaun utama)
KATEGORI B :
- Individu berumur 21 tahun dan ke atas yang berkelayakan.
- Pendapatan individu : RM1,500.00 sebulan dan ke bawah.
Kelebihan :
- akan mendapat isi kad bernilai RM 200.00 setahun
- Had Gunaan : RM50 setiap kali rawatan
- Jenis Rawatan/Perubatan : Tiada had
- Kad Perubatan PEDULI SIHAT : Percuma (satu kad untuk seorang individu / pemegang     akaun utama)
Borang boleh isi secara dalam talian atau dapatkan di pejabat ADUN berdekatan.
Pertanyaan lanjut layari https://pedulisihat.com/ atau hubungi: 03-20893911.

Kad Peduli Sihat Untuk Orang Selangor Kad Peduli Sihat Untuk Orang Selangor Reviewed by Abdul Wafi on December 09, 2016 Rating: 5

2 comments

  1. harap2 negeri2 lain akan mencontohi Selangor..
    done follow back G+..
    tq.

    ReplyDelete
  2. orang-orang selangor beruntung ada kad ni. bila la kelantan nak ada jgk kad mcm ni

    ReplyDelete

Post AD