Header Ads

Cara Dapatkan Domain Untuk Setahun Percuma Di Freenom



Domain adalah satu nama unik yang diberikan untuk mengindetifikasi alamat (IP Adress) server komputer seperti web server komputer atau email server di internet.
Saya akan tunjukkan anda cara nak dapatkan country code top level domain yang beralamat .ga .ml .gq .cf . tk.

Contoh nya seperti blog saya yang sudah pun dapatkan domain percuma di http://www.freenom.com/

Berikut Cara Daftar Domain Percuma Di Freenom

1. Buka laman http://www.freenom.com/ dan masukkan nama domain yang dikehendaki. Seterusnya check availability.


2. Pilih Free. Pilih salah satu nama domain yang anda nak. Seterusnya get it now.



3. Seterusnya klik check out


4. Ubah period masa domain menjadi 12 bulan untuk mendapatkan domain ini percuma selama setahun. Klik continue.

5. Seterusnya isi maklumat alamat emel anda untuk dapat pengesahan mendaftar akaun di freenom. Masukkan emel dan klik verify email.


6. Periksa email dari freenom dan lakukan pengesahan emel dengan klik link yang di berikan.

7. Isikan nama, alamat, no telefon dan lain-lain. Jika semuanya betul, klik i have read and agree. Tekan complete order.


8. Sekarang anda sudah berjaya dapatkan domain. Masuk ke client area.


9. Masuk ke domain dan ke mydomains. Untuk setting dns klik manage domain.



Seterusnya...

Cara Memasang Domain Percuma Ke Blogspot Anda

Saya akan tunjukkan anda menggantikan subdomain di blogspot dengan domain percuma yang telah kita dapatkan di Freenom sebentar tadi.

Jika sebelum ini domain anda di blogspot ialah wafijamaluddin.blogspot.com, selepas kita sudah dapatkan domain di Freenom tadi, nama domain blog kita akan menjadi lebih pendek dan senang diingati. Contohnya wafijamaluddin.ga.

Freenom mempunyai kelajuan update dns server lebih pantas berbanding penyedia domain di malaysia. Sekitar 5 minit domain anda sudah boleh digunakan.


Seterusnya, lihat cara-cara untuk menghubungkan nama domain di Freenom tadi ke blogspot anda.

1. Masuk ke dahboard blogger anda, klik setting.

2. Di bawah publishing, tukar nama domain yang telah anda dapat di Freenom tadi ruang kosong blog adress. Klik simpan.



3. Selepas anda save, akan muncul error. Salin satu persatu host name ke manage dns di Freenom.

4. Masuk ke mydomains di Freenom, klik manage domains



5. Masukkan name (www dan m7yddfjfjg) ke host name freenom.


6. Pilih CNAME, isi target host name anda


7. Masukkan Record Ip Google seperti berikut :
216.239.32.21

216.239.34.21

216.239.36.21

216.239.38.21

Masukkan ip di atas ke ruang target dan type A

 8. Jika semua nya betul, klik save. Record added succesfully.


9. Kembali ke setting di dashboard blogger, tunggu sehingga 3 minit. Kemudian save lagi sehingga error sudah tidak kelihatan.
Jika domain sudah berubah, klik butang tanda redirect ke alamat domain anda supaya orang yang search tanpa www di depan akan di bawa ke halaman anda.

Anda sudah berjaya pasang domain percuma selama setahun di blogspot anda.

Saya harap anda menyebarkan artikel ini untuk membantu rakan kita yang tiada modal untuk membeli domain TLD seperti namadomain.com, namadomain.net dan lain-lain

Selamat mencuba !!!







8 comments:

  1. Macam mana pula selepas setahun nanti?
    Masih free atau kena berbayar?

    Ikhlas Dari
    Along Misuari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas setahun kena byr harga biasa :)

      Delete
  2. oh domain ni. dlu ada jgk try buat domain free tapi yg .com then xjadi. last2 beli jgk. sempat la setahun merasa ada domain sendiri ^_^

    ReplyDelete

Powered by Blogger.